Friday, 7 October 2011

PAKAIAN BERAGAM




Murid Prasekolah Persona sakan bergaya meragakan pakaian masing-masing.

PROGRAM KEM KREATIF PRASEKOLAH

PROGRAM KEM KREATIF PRASEKOLAH TELAH DIADAKAN PADA 23 MEI 2011
        
OBJEKTIF
Membentuk  diri kanak-kanak agar mempunyai kematangan emosi kemantapan jasmani dan kesesuaian dalam bersosial,memberi pendedahan kepada kanak-kanak bekerjasama secara kumpulan,meningkatkan kemahiran  berbahasa pergerakan psikomotor dan kemahiran kreatif kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan sosioemosi dan sosialisasi murid prasekolah.


       PENYERTAAN

Program ini disertai oleh murid-murid Prasekolah Exora dan Prasekolah Persona seramai 50 orang.











Thursday, 6 October 2011

Aktiviti terkini prasekolah

Program PRANILAM.

·        Mula diperkenalkan pada 2004.
·        Murid yang telah menguasai kemahiran membaca, digalakkan membaca buku cerita yang ada di dalam kelas. 
·        Murid mencatatkan tajuk dan pengarang buku cerita yang telah dibaca pada slip yang disediakan dan tampal slip-slip berkenaan pada buku rampaian.
·        Pada akhir tahun setiap murid yang terlibat akan diketahui jumlah buku yang dibaca berdasarkan slip bacaan yang ditampal pada buku rampaian dan murid-murid ini berikan hadiah galakan.
Pada tahun 2006, kaedah dan cara pelaksanaan program ini telah diperkemaskan lagi, iaitu bermula dari mengenal huruf dan suku kata seterusnya frasa, ayat dan kad cerita serta buku cerita.
·        Semua murid dalam kelas Prasekolah Persona terlibat dalam program ini.
·        Menggunakan bahan bacaan yang dibekalkan oleh KPM (Siri Cepat Membaca  -  Bacalah Anakku oleh Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad)
·        Murid melalui 4 fasa pembacaan dan dibekalkan dengan buku Rekod Bacaan Pranilam:

1.        Fasa 1  (Pranilam  -  suku kata terbuka)

            -           mengandungi 47 keping kad bacaan suku kata terbuka
                        (Strawberi 1)

2.        Fasa 2  (Pranilam  -  suku kata tertutup)
            -           mengandungi 57 keping kad bacaan suku kata tertutup
                        (Strawberi 2)

3.        Fasa 3  (membaca buku cerita  -  Rekod Bacaan Program Nilam Sekolah Rendah  -  dibekalkan oleh Pusat Sumber Sekolah)
            -           pelbagai jenis buku cerita yang terdapat di dalam kelas prasekolah     

4.        Fasa 4  -  pinjaman buku cerita untuk dibaca di rumah dari kelas prasekolah  dan PSS menggunakan kad pinjaman.
*          Bagi setiap keping kad yang dibaca (Fasa 1 dan 2), guru akan mencatatkan tarikh bacaan murid tersebut dan murid akan merekodkan tarikh itu ke dalam buku rekod bacaan masing-masing.
*          Untuk Fasa 3 dan 4, setelah murid habis membaca buku cerita, hendaklah melengkapkan butiran dalam buku Rekod Bacaan Program Nilam Sekolah Rendah Tahap 1.

·        Pada akhir tahun bilangan buku yang dibaca adalah berdasarkan jumlah dalam buku Rekod Bacaan Program Nilam.